Portal Pejabat Pendidikan Daerah Muar

Sila layari portal ini di https://portal.ppdmuar.my

SAYANGI MALAYSIAKU

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

DARI WARGA SK JORAK

GOOGLE CLASSROOM

Google Classroom sebagai opsyen pelantar pembelajaran alternatif selepas tamat kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 KPM.

Khamis, 23 Jun 2011








Rabu, 22 Jun 2011

LATARBELAKANG SEKOLAH

Menurut cerita lagenda, nama Kampung Jorak berkaitan dengan sebuah bukit yang ada di kampung itu. Jika dilihat dari jauh atau dari aras sungai, bukit itu kelihatan atau menyerupai sebuah jong. Ia dikaitkan dengan cerita lama kononnya sebuah jong terdampar dan didapati telah buruk dan berderak jika dipijak di atasnya. Bersempena dengan keadaan itu kampung ini diberi nama JOMRAK dan lama kelamaan sebutan Jomrak menjadi JORAK.

Antara kampung yang tertua di persisiran sungai Muar ialah Kampung Jorak. Banyak kampung-kampung lain yang dibuka di kiri kanan sungai Muar. Sungai menjadi jalan penghubung antara kampung-kampung dengan bandar Muar.

kampung ini telah diterokai dan dibuka dalam tahun 1902. penghulunya pada masa itu ialah Penghulu Kalam bin Bahi. Kampung ini dihuni lebih kurang 25 buah keluarga. Kehidupan masyarakat di sini ialah berkebun, menangkap ikan, memetik buah pinang dan ada yang bersawah padi.


Sekolah yang bersejarah ini telah menempa sejarahnya yang tersendiri. Selain menjadi pusat anak-anak menerima pelajaran dan pendidikan asas, kampung ini juga pernah menjadi markas komunis menguasai Tanah Melayu selama 14 hari.

Pada Oktober 2008, kantin SK Jorak yang telah dibina pada tahun 1962 telah dinaik taraf. Bangunan yang sedia ada tidak dapat menampung jumlah murid dan ruang penyediaan makanannya sempit, tambahan pula sistem pendawaiannya juga tidak sempurna. Bilik Mussola juga telah dibina dengan membuat pengubahsuaian daripada bilik yang dibina daripada separuh batu dan separuh papan yang sebahagiannya telah dimakan anai-anai. Dengan ini aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dan program J-QAF dapat dijalankan dengan selesa di bilik ini. Bilik tandas bagi lelaki dan perempuan juga mendapat peruntukan dinaik taraf.

Sehingga hari ini ribuan pelajar dari sekolah ini telah dapat berbakti kepada Negara, agama dan bangsanya. Tapi perjuangan sekolah ini masih belum selesai……………… .


Download