Portal Pejabat Pendidikan Daerah Muar

Sila layari portal ini di https://portal.ppdmuar.my

SAYANGI MALAYSIAKU

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

DARI WARGA SK JORAK

GOOGLE CLASSROOM

Google Classroom sebagai opsyen pelantar pembelajaran alternatif selepas tamat kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 KPM.

Isnin, 10 Julai 2017

Kini lebih mudah untuk log masuk ke
Frog VLE!



Salam sejahtera Cikgu,


Menerusi pengalaman kami bersama-sama dengan guru melalui projek 1BestarNet ini, kami telah menerima banyak pandangan dan maklumbalas daripada guru-guru untuk menambahbaik pelantar Frog VLE.

Kami menghargai dan mengambil kira setiap pandangan yang dikemukakan oleh guru-guru. Kami ada berita baik untuk guru tentang penambahbaikan ini.

Kini guru, murid dan ibu bapa boleh log masuk ke pelantar Frog VLE dengan menggunakan 
nombor kad pengenalan atau nama pengguna tanpa perlu menaip domain (@yes.my) dan kata laluan sendiri untuk mengakses FrogVLE.

Untuk Frog Admin, nama pengguna anda adalah sama seperti sedia ada (tanpa domain @yes.my). Untuk maklumat lanjut mengenai penambahbaikan ini, cikgu boleh mendapatkan maklumat di Learn Centre di laman sesawang 
http://bit.ly/2m7OiY1.

Jika anda memerlukan sebarang bantuan, meja bantuan kami bersedia membantu jika anda berdepan dengan sebarang masalah atau isu teknikal yang berkaitan dengan Frog VLE serta pertanyaan umum.

Meja bantuan kami di 018-799-8787 atau emel kami di
moesupport@ytlcomms.my (7 pagi - 10 malam setiap hari termasuk cuti umum, tutup pada hari Sabtu).


*Nota: Sila pastikan nombor kad pengenalan yang dimasukkan sebagai nama pengguna adalah sama seperti yang direkodkan dalam pengkalan data NSMI.

Rabu, 8 Mac 2017



Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2018/ 2019 Online 

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Tahun 1 ambilan 2018/ 2019 untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia secara online menggunakan applikasi SPATKPM.  

Siapa Yang Layak Mendaftar

Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :
  1. 2 Januari 2011 sehingga 1 Januari 2012 (Sesi persekolahan tahun 2018)
  2. 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 (Sesi persekolahan tahun 2019) 

Cara Buat Pendaftaran Murid Tahun 1 Online

  1. Kawasan : Negeri Di Semenanjung Malaysia
  2. Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2017 Hingga 30 April 2017
  3. Applikasi Permohonan : https://public.moe.gov.my/
  4. Pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu diPENGGUNA BARU 
  5. Panduan permohonan online : Klik Panduan dan FAQ

Tindakan/ Langkah Selepas Mendaftar Online

Ibu bapa atau penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran online perlu membuat tindakan berikut bagi melengkapkan permohonan pendaftaran :-
  1. Mencetak bukti permohonan
  2. Seterusnya, mereka perlu hadir ke pejabat sekolah yang dimohon untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen
  3. Ianya perlu dibuat dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu dari 1 Mac sehingga 30 April 2017.
 
Berikut adalah dokumen-dokumen berkaitan (secara umum) yang diperlukan semasa penghantaran dokumen. Ianya bergantung kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon.

  1. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
  2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
  3. Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
  4. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
  5. Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  6. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)

Download