Rabu, 8 Mac 2017



Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2018/ 2019 Online 

Berikut dikongsikan cara membuat permohonan Tahun 1 ambilan 2018/ 2019 untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia secara online menggunakan applikasi SPATKPM.  

Siapa Yang Layak Mendaftar

Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :
  1. 2 Januari 2011 sehingga 1 Januari 2012 (Sesi persekolahan tahun 2018)
  2. 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 (Sesi persekolahan tahun 2019) 

Cara Buat Pendaftaran Murid Tahun 1 Online

  1. Kawasan : Negeri Di Semenanjung Malaysia
  2. Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2017 Hingga 30 April 2017
  3. Applikasi Permohonan : https://public.moe.gov.my/
  4. Pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu diPENGGUNA BARU 
  5. Panduan permohonan online : Klik Panduan dan FAQ

Tindakan/ Langkah Selepas Mendaftar Online

Ibu bapa atau penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran online perlu membuat tindakan berikut bagi melengkapkan permohonan pendaftaran :-
  1. Mencetak bukti permohonan
  2. Seterusnya, mereka perlu hadir ke pejabat sekolah yang dimohon untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen
  3. Ianya perlu dibuat dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu dari 1 Mac sehingga 30 April 2017.
 
Berikut adalah dokumen-dokumen berkaitan (secara umum) yang diperlukan semasa penghantaran dokumen. Ianya bergantung kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon.

  1. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
  2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
  3. Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
  4. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
  5. Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  6. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)

0 comments:

Catat Ulasan

Download