Isnin, 30 Disember 2013

Gambar logo rasmi baharu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2014
Kementerian Pendidikan Malaysia, telah bersedia melangkah menuju ke era baru dengan visi dan misi yang lebih gitu dan bersemangat dengan pemilihan VISI  (“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”) dan MISI (“Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”)
Seiring dengan laungan visi dan misi terbabit, logo kementerian pendidikan malaysia juga diperkenalkan bagi membuktikan kesungguhan jabatan itu dalam perencanaan pendidikan terbaik di Malaysia
logo baru kpm 2013 foto gambar logo rasmi baru kementerian pendidikan malaysia 2014
Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia
Rekabentuk oleh :
Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad
(Majlis Rekabentuk Malaysia)
Rasional (Maksud Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia KPM)
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu
Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat
Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi
Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi
Huruf ‘P’ yang bertingkat kearah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia
Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global
Dari segi warna, Biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara
Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan
Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia


My Sumber - http://www.mysumber.com/pendidikan/gambar-logo-rasmi-baru-kementerian-pendidikan-malaysia-2014#ixzz2owVYOdkF

Related Posts:

  • PROGRAM MOTIVASI BERSAMA IKRAM (9 MAC 2012 ~10 MAC 2012) … Read More
  • MAJLIS SAMBUTAN HARI LAHIR DAN PERPISAHAN GPK KOKU TN HJ MOHIDDIN KE SAB(24 FEB 2012)Kalau ada sumur di ladang Boleh saya menumpang mandiKalau ada umur yang panjangBoleh kita berjumpa lagi… Read More
  • Semakan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) di Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2012http://apps.moe.gov.my/sbpt1/semak_rayu2011/… Read More
  • MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 37 TARIKH : 24 MAC 2012 MASA: 2.30 ptg Dirasmikan oleh : YB Senator Hjh Noriah Bt. Mahat (Ahli Dewan Negara) Tambah kapsyen   … Read More
  • MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASULTarikh:Sabtu , 18 Rabiulawal 1433 / 11 Feb 2012Majlis ini di anjurkan bersama SEKOLAH AGAMA JORAK .Aktiviti gotong-royong dan rewang bermula petang Jumaat sehingga larut malam. Pada keesokkan har… Read More

0 comments:

Catat Ulasan

Download