Portal Pejabat Pendidikan Daerah Muar

Sila layari portal ini di https://portal.ppdmuar.my

SAYANGI MALAYSIAKU

Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2019.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

DARI WARGA SK JORAK

GOOGLE CLASSROOM

Google Classroom sebagai opsyen pelantar pembelajaran alternatif selepas tamat kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 KPM.

Jumaat, 30 Ogos 2019

PROGRAM KEMUNCAK KEMERDEKAAN

PROGRAM KEMUNCAK KEMERDEKAAN
29/08/2019


Antara program-program yang diadakan pada  Bulan Kebangsaan untuk tahun 2019 ini adalah:
. Pertandingan Mewarna Bulan Kebangsaan
. Pameran Hari Kebangsaan
. Pakaian Beragam Bulan Kemerdekaan
. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik
. Kayuhan dan Larian Merdeka
. Pelancaran Bulan Kebangsaan












Selasa, 27 Ogos 2019

PROGRAM SENTUHAN KALBU UPSR

Program Sentuhan Kalbu Calon UPSR 
27/08/2019


En. Abdul Rahman Bin Selamat dari PPD Muar datang ke SK Jorak untuk menyampaikan amanat dan harapan PPD Muar.Kedatangan beliau juga untuk menyampaikan alat tulis kepada calon-calon UPSR.

SOLAT HAJAT PERDANA

Solat Hajat Perdana UPSR
22/08/2019





Solat Hajat Perdana telah dilaksanakan pada hari Khamis, 22/08/2019 malam bersamaan 21 Zulhijjah 1440H di Dewan SK Jorak. Semoga calon-calon  UPSR yang bakal berjuang mulai 4 hingga 11 September akan datang dapat diberi ketenangan dan hidayah ketika menjawab kertas soalan UPSR.
Terima kasih juga diucapkan kepada ibubapa dan PIBG kerana memberi kerjasama dalam program ini..

Khamis, 22 Ogos 2019

TEKNIK MENJAWAB UPSR MATEMATIK

TEKNIK MENJAWAB UPSR MATEMATIK





- Teknik Menjawab Soalan Matematik UPSR diadakan pada 21/08/2019 bertempat di Makmal Komputer SK Jorak. 
- Penceramah : Puan Zetty Akhtar Binti Ali@Ibrahim
- Setinggi-tinggi penghargaan buat beliau kerana memberi tips-tips dan teknik yang betul untuk murid-murid SK Jorak ketika menghadapi kertas matematik UPSR nanti.. 

Selasa, 6 Ogos 2019

MILO DATANG LAGI

MILO DATANG LAGI
 05/08/2019



Terima kasih abag milo...

Download